Oleksii Reznikov
Oleksii Reznikov

Oleksii Reznikov

Oleksii Yuriyovych Reznikov (Bahasa Ukraine: Олексій Юрійович Резніков; lahir 18 Jun 1966) ialah seorang peguam dan ahli politik Ukraine yang telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Ukraine sejak 4 November 2021.[2] Reznikov sebelum ini pernah berkhidmat dalam beberapa jawatan lain dalam pemerintah Ukraine; Timbalan Perdana MenteriMenteri bagi Penyepaduan Semula Wilayah-Wilayah yang Diduduki Sementara Ukraine,[3] timbalan ketua pentadbiran negara bandar Kyiv dari 2016 hingga 2018, dan timbalan datuk bandar-setiausaha majlis bandar raya Kyiv dari Jun 2014[4] hingga Disember 2015. Reznikov juga berkhidmat sebagai Ketua Delegasi Kebangsaan Ukraine dalam Kongres Pihak Berkuasa Tempatan dan Serantau Majlis Eropah dari 2015 hingga 2016, dan dipilih oleh Presiden Volodymyr Zelensky pada 5 Mei 2020 untuk mewakili Ukraine dalam subkumpulan politik yang bekerja di Kumpulan Hubungan Trilateral mengenai penyelesaian kepada Perang di Donbas.[5]

Oleksii Reznikov

Lahir Олексій Юрійович Резніков
Oleksii Yuriyovych Reznikov
(1966-06-18) 18 Jun 1966 (umur 55)
Lviv, RSS Ukraine, Kesatuan Soviet
(kini Ukraine)
Didahului oleh Oksana Koliada
Digantikan oleh Iryna Vereshchuk
Tahun perkhidmatan 1984–1986
Parti politik Bebas
Kesetiaan  Kesatuan Soviet
Sekutu gabunganpolitik lain Perpaduan Eropah
Perkhidmatan/cawangan  Tentera Udara Kesatuan Soviet
Presiden Volodymyr Zelensky
Pendidikan Universiti Lviv
Perdana Menteri Denys Shmyhal

Rujukan

WikiPedia: Oleksii Reznikov http://clients.dbee.com/coe/webcast/index.php?id=2... http://espreso.tv/news/2014/06/19/sekretarem_kyyiv... http://en.interfax.com.ua/news/general/210155.html https://www.youtube.com/watch?v=YtspPuawF2Q https://www.ukrinform.net/rubric-polytics/3344183-... https://www.rferl.org/a/ukraine-deputy-prime-minis... https://www.rferl.org/a/ukraine-new-defense-minist... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Oleksi... https://en.interfax.com.ua/news/general/613948.htm... https://www.kmu.gov.ua/en/news/verhovna-rada-ukray...